Geran Pemangkin Bandar Rendah Karbon (GeRAK) merupakan komponen pelaksanaan projek-projek kecil yang diluluskan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dengan peruntukan sebanyak RM 35 juta yang bermula pada tahun 2021.

01.

Objektif Geran ini adalah bagi memperkasakan pelaksanaan program-program dan inisiatif-inisiatif bandar rendah karbon yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Malaysia di samping meningkatkan penjanaan ekonomi setempat, mengurangkan impak kepada alam sekitar dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.

02.

Kerajaan komited untuk mengambil langkah yang perlu bagi menangani fenomena perubahan iklim dan mewujudkan bandar dan komuniti yang mampan selaras dengan matlamat ‘United Nation’s Sustainable Development Goals (SDG) ke-11: Sustainable Cities and Communities’ bagi mewujudkan bandar dan penempatan yang inklusif, selamat, berdaya tahan dan lestari.

03.

Inisiatif ini juga selari dengan SDG 13 (Climate Action) bagi mengambil tindakan segera dalam memerangi perubahan iklim dan kesannya, Pelan Induk Bandar Rendah Karbon – Low Carbon Cities Masterplan (LCCM), Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon – Low Carbon Cities Framework (LCCF) dan program Low Carbon Cities 2030 Challenge (LCC2030C).

04.

Permohonan program ini adalah terbuka kepada kesemua PBT yang terlibat aktif dalam inisiatif bandar rendah karbon dan keutamaan akan diberikan kepada PBT yang telah melaksanakan LCCF serta menyertai program LCC2030C di peringkat kategori Zon Rendah Karbon.

gerak-diagram

Program dan inisiatif bandar rendah\ karbon adalah dikategorikan seperti infografik berikut

gerak-diagram

GeRAK telah pun tamat pelaksanaannya secara rasmi pada 31 Disember 2022. Sebanyak 141 PBT telah diluluskan peruntukan GeRAK dari 155 PBT seluruh Malaysia. Dari jumlah tersebut hanya 134 PBT telah berjaya menyiapkan projek yang diluluskan. Projek ini berjaya merekodkan potensi pengurangan karbon sebanyak 24,851 tCO2 karbon setara dan penyerapan karbon sebanyak 64.82 tCO2 karbon setara. Jangkaan pengurangan kos tenaga elektrik adalah sebanyak RM 1,233,677 dan kos penggunaan air sebanyak RM 15,093 setahun. Sebanyak 6,875,360 rakyat mendapat manfaat dari penyediaan infrastruktur rendah karbon yang dilaksanakan manakala 146 jumlah kontraktor telah dilantik yang telah memberi peluang pekerjaan kepada 1,469 orang pekerja.

National Low
Carbon Cities Masterplan
Executive Summary

View brochure Read More
flayer

Can’t find our events or topics?